Pagi Ahad yang sejuk. Plan asal nak gi sunday market beli sayuran dan buah sebab kat sana sayuran murah dan segar. Sambil tu boleh juga jamu mata tengok barangan lain. Tapi oleh kerana sejuk sangat, kami tak jadi keluar.
Setiap pagi biasanya kami mesti makan nasi. Semalam Ati dah keluarkan nibles dari esbox, Ati ingat nak buat tomyam hari ni. Biasa lah, time sejuk macam ni best makan yang berkuah panas. Ma Ati selalu pesan, kalau nak masak kena bubuh banyak sayuran supaya sihat. Jadi, tomyam ni Ati bubuh banyak jenis sayur seperti saderi, tomato, bunga kobis, carrot dan kobis bulat. Hubby pun suka makan sayur berkuah. Mujur hubby puji tomyam ni, sekilo nibles kami habiskan satu hari je :).
Ni la rupa tomyam Ati buat :)
No comments:
Post a Comment