Monday, June 18, 2012

Kek red velvet ( tempahan)

Hari ni Ati gigih membuat kek red velvet tempahan daripada husband Ainna, Odie. Odie tempah sempena Birthday Ainna ke 27. So sweet pasangan ni :) Dan ini tempahan pertama Ati dapat. Kek red velvet agak besar kosnya berbanding kek biasa yang lain. Selain ada tambahan susu dan serbuk koko, krim yang digunakan untuk menyalut seluruh kek dan bahagian tengahnya adalah cheese block + fresh cream milk + ckit butter. Sebab tu Ati suka makan kek ni, rasa krimnya sungguh lazat dan keknya rasa moist coklat gitu. Kek yang paling Ati minat lah hehe.. Deco ikut apa alatan yang Ati ada je, takde spatula Ati guna pisau ekeke


Semoga pasangan ini sentiasa bahagia :)

No comments:

Post a Comment