Post ni masih lagi cerita tentang Ati pindah rumah. Penatnya pindah rumah ni. Banyak barang kena susun, keluar balik dari kotak, barang makanan, baju-baju Ati, hubby, Ain dan Sofiyya, bersihkan yang mana patut, perabot. Tapi mujur tuan rumah sebelum ni, Ainna dan Odie dah bersihkan rumah juga. Itu dah sememangnya tanggungjawab si penyewa sebelum ni untuk pastikan rumah yang disewa dulu dalam keadaan asal dan tiada mana-mana kerosakan. Kalau tak, kena potong bond tau. Seperti kami juga keluar rumah lama kena pastikan betul-betul tinggal rumah dalam keadaan bersih dan kembali kepada keadaan asal. Hubby pun penat juga mengangkut barang, dan kami sama-sama bersihkan rumah lama. Ati bersihkan dapur dan bilik air, hubby pula vakum karpet dan bersihkan kulat di dinding.
Masuk hari ni dah 2 hari Ati kemas rumah baru, semalam kat bahagian dapur dan ruang tamu, hari ni simpan pakaian, bilik tidur dan bilik tamu. Esok ada sikit lagi Ati nak ubah susun almari. Hubby tolong angkat alih almari. Terima kasih hubby cayang hee.. :)
Ok ni gambar yang Ati sempat snap sebelum bersih dan selepas bersihkan ruang tamu.
Bersepah lagi belum disusun..Tarraaaa.... bersih kan kan.. hehee
No comments:
Post a Comment