Wednesday, June 27, 2012

Kari ayam dan cencaluk

Bestnya cencaluk Ati dan hubby makan bersama nasi, brokoli celur dan kari ayam. Seperti budu yang terkenal di Kelantan, cencaluk menjadi pembuka selera kami sekeluarga. Sebenarnya, sejak duk New Zealand ni baru Ati makan cencaluk, sebelum ni makan budu je. Bermula sejak bertandang ke rumah Ainna, Ainna ada hidangkan nasi bersama cencaluk, masa tu rasanya pertama kali Ati rasa cencaluk, terus jatuh hati, kemaruk cencaluk hehe dah 2 botol habis. Tapi cencaluk kat sini setiap kali mula-mula buka je penutup, mesti meletup keluar tinggal lah separuh. Sayang betul, bukannya murah cencaluk kat sini, mahal la juga kalau convert duit Malaysia. 3.90nzd bersamaan sepuluh hinggit!!

.

Roti Jala Kari Ayam

Roti jala dan kari ayam menu untuk minum petang Ati bersama hubby tercinta.. First time menjala, alhamdulillah menjadi :) ..Ok, ini gambar roti jala Ati buat.

  Jala


Monday, June 25, 2012

Mengemas pindah rumah baru

Post ni masih lagi cerita tentang Ati pindah rumah. Penatnya pindah rumah ni. Banyak barang kena susun, keluar balik dari kotak, barang makanan, baju-baju Ati, hubby, Ain dan Sofiyya, bersihkan yang mana patut, perabot. Tapi mujur tuan rumah sebelum ni, Ainna dan Odie dah bersihkan rumah juga. Itu dah sememangnya tanggungjawab si penyewa sebelum ni untuk pastikan rumah yang disewa dulu dalam keadaan asal dan tiada mana-mana kerosakan. Kalau tak, kena potong bond tau. Seperti kami juga keluar rumah lama kena pastikan betul-betul tinggal rumah dalam keadaan bersih dan kembali kepada keadaan asal. Hubby pun penat juga mengangkut barang, dan kami sama-sama bersihkan rumah lama. Ati bersihkan dapur dan bilik air, hubby pula vakum karpet dan bersihkan kulat di dinding.

 Masuk hari ni dah 2 hari Ati kemas rumah baru, semalam kat bahagian dapur dan ruang tamu, hari ni simpan pakaian, bilik tidur dan bilik tamu. Esok ada sikit lagi Ati nak ubah susun almari. Hubby tolong angkat alih almari. Terima kasih hubby cayang hee.. :)

 Ok ni gambar yang Ati sempat snap sebelum bersih dan selepas bersihkan ruang tamu. 
Bersepah lagi belum disusun..


Tarraaaa.... bersih kan kan.. hehee


Home made pizza

Untuk sarapan hari ni Ati dan hubby masih makan nasi carrot dan ayam semalam ada lebih sikit, Ati tambah goreng telur dan kentang, dan kami makan dengan cencaluk!! Best sangat cencaluk ni buatkan Ati dan hubby sungguh selera makan :) untuk makan petang, Ati buatkan pizza. Ringkas je, Maklumlah penat sungguh kemas barang-barang dan rumah. Tu pun belum siap lagi beberapa kotak dalam bilik. Si kecil Aya nak duk atas mummy je :)

  Pizza



Nampak sedap tak? hee Ati suka tabur cheese banyak-banyak. Tapi tak boleh makan selalu nanti gemuk :)

Jamuan pindah rumah

Alhamdulillah semalam Ati dan keluarga telah selamat berpindah ke rumah baru di Hornby. Tanda terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir menolong kami, Ati sediakan jamuan nasi carrot, ayam golek 4 ekor, coleslow, gravy, kentang goreng, n opcos kek red velvet peberet ati hee.. Ok jom tengok gambar hidangan. Snap ngan hp je.

Jamuan

Ada juga tetamu bawa donut, onde-onde, nuget, swissroll. Alhamdulillah mujur semua cukup untuk santapan tetamu :)

   

Tuesday, June 19, 2012

Pavlova - product pertama

Masa mula-mula dah beli mixer dulu, Ati duk fikir nak buat apa dessert pertama yang guna mixer baru Ati ni. Hmm fikir punya fikir, buat yang mudah dulu lah.. Maka Ati decide nak buat pavlova.. Ati cari buah strawberry nak letak atas pavlova ni, puas cari kat 3 pasaraya dan sunday market tapi takde.. Rupanya strawberry kat sini bermusim. Ingatkan dah negara sejuk ada la strawberry sepanjang tahun, buah kiwi yang sentiasa ada. Nasib baik jadi, hee takde strawberry segar Ati beli yang dalam tin je la.

Mixer hadiah daripada hubby cayang

Post kali ni Ati nak cerita sedikit mengenai mixer baru Ati. Hubby hadiahkan mixer ni lebih kurang 3 minggu lepas. Ati suka dan sayang sangat mixer ni. 1st op cos lah sebab hubby tersayang yang hadiahkan, 2nd mixer ni memudahkan kerja n functionnya sangat best dan senang basuh hee.. Ok ni nak tunjuk gambar Ati snap masa mula2 Ati dan hubby gi beli kat briscoese.


Makaroni goreng

Weekend lepas, kami ke pak n save untuk beli barang dapur sikit. Bila lalu kat makanan kering, tiba-tiba kakyong macam terkejut cepat-cepat dia tunjuk nak ni nak ni.. Ingatkan apa tadi, rupanya kakyong nak makaroni. Terus kami ambil 2 paket terus. Sambil duduk dalam troli, rancak kakyong cerita yang kawannya selalu bawa ke sekolah. Kesian anak mummy ni, mungkin dah lama kakyong terliur nak makan makaroni. So, hari ni ati nak goreng makaroni untuk santapan anak dara sulong ati ni. Senang buat makaroni goreng, rasanya pun sodapp.. Hehe

 

Monday, June 18, 2012

Kek red velvet ( tempahan)

Hari ni Ati gigih membuat kek red velvet tempahan daripada husband Ainna, Odie. Odie tempah sempena Birthday Ainna ke 27. So sweet pasangan ni :) Dan ini tempahan pertama Ati dapat. Kek red velvet agak besar kosnya berbanding kek biasa yang lain. Selain ada tambahan susu dan serbuk koko, krim yang digunakan untuk menyalut seluruh kek dan bahagian tengahnya adalah cheese block + fresh cream milk + ckit butter. Sebab tu Ati suka makan kek ni, rasa krimnya sungguh lazat dan keknya rasa moist coklat gitu. Kek yang paling Ati minat lah hehe.. Deco ikut apa alatan yang Ati ada je, takde spatula Ati guna pisau ekeke


Semoga pasangan ini sentiasa bahagia :)

Ayam goreng kfc

Semalam hubby cakap teringin nak makan KFC. Tapi di New Zealand ni takde KFC halal. Jadi, Ati cuba buat hidangan snack plate kfc untuk hubby. Jom layan gambar hidangan KFC yang Ati buat :)

KFC
Terlebih berair pulak snack plate ni hehee

Hubby puji sedapp hee Terima kasih hubby, selalu puji masakan Ti.. Selalu sedap aje yang keluar mulut hubby, buat sandwich rigkas pun hubby kata sedap.. Hee mulut manis betul hubby Ati ni :)

Sunday, June 17, 2012

Tomyam

Pagi Ahad yang sejuk. Plan asal nak gi sunday market beli sayuran dan buah sebab kat sana sayuran murah dan segar. Sambil tu boleh juga jamu mata tengok barangan lain. Tapi oleh kerana sejuk sangat, kami tak jadi keluar.

Setiap pagi biasanya kami mesti makan nasi. Semalam Ati dah keluarkan nibles dari esbox, Ati ingat nak buat tomyam hari ni. Biasa lah, time sejuk macam ni best makan yang berkuah panas. Ma Ati selalu pesan, kalau nak masak kena bubuh banyak sayuran supaya sihat. Jadi, tomyam ni Ati bubuh banyak jenis sayur seperti saderi, tomato, bunga kobis, carrot dan kobis bulat. Hubby pun suka makan sayur berkuah. Mujur hubby puji tomyam ni, sekilo nibles kami habiskan satu hari je :).


Tom yam

Ni la rupa tomyam Ati buat :)

Friday, June 15, 2012

Muffin

Hari ni cuaca sejuk, hujan renyai kat luar, tapi Ati jemur juga baju sebab biasanya sekejap je hujan tu. Bila sejuk macam ni teringin nak makan muffin cip coklat yang panas, apa lagi, bahan semua dah ada terus ke dapur buat sekejap. Sedap makan panas-panas. Kakyong suka sangat tolong tabur cip coklat dan tolong bubuh 'paper cup' dalam trail muffin. Siap ucap terima kasih mummy sebab panggil dia tolong.

Kek birthday ayah dik

Semalam buat kek red velvet untuk ayahdik kakyong, first time buat. Tapi ayahdik kakyong takde kat sini, ayahdik kakyong boleh tengok je hehee.. Ati minta hubby hantar juga pada host kami, Kak nora. Kak Nora balas balik dengan mee sup..