Semalam Ati dengan kerjasama kakyong hee kami buat biskut dahlia susu. Ati sediakan adunan dan terap, kakyong tolong bubuh cip coklat kat tengah bunga. Oleh kerana Ati takde acuan biskut dahlia, Ati guna acuan bunga icing. Tu yang nampak comel sikit tu heheh.. Susah tau guna acuan icing tu sebabnya acuan icing tu kan bunga kecil-kecil je. Sakit tangan den heehe Takpelah, janji siap. Kakyong bukan main suka sangat makan sampai Ati tak bagi makan dah. Ati dapat buat satu balang tapi hari ni dah tinggal tak sampai separuh. Nampaknya kena buat lagi untuk hari raya nanti :)
Biskut penuh satu balang lepas bakar.
Biskut dah tinggal sikit dah huu kakyong..kakyong...
No comments:
Post a Comment