Wednesday, August 15, 2012

Almond London

Haa ni biskut Almond London kegemaran Ati dan hubby. Rumit juga buat biskut ni, kena hati-hati dan teliti. Kos bahan pun boleh tahan jugak sebab guna kacang almond. Sebab tu Ati buat sikit je. Tapi puas hati lah dapat rasa almond london buatan sendiri tambah-tambah kalau hubby puji sedap, lagi Ati suka ;P berbaloi penat pun hehee

Almond london yang siap dicelup coklat

Dapat sebalang kecil lebih je

Meriah sikit raya ada biskut buatan sendiri ;)

Biskut raya semperit

Sempena hari raya yang bakal tiba ni, maka kena lah buat biskut raya kasi meriah sikit raya di perantauan hehee.. Ati sebenarnya nak buat biskut dahlia. Tapi kat sini takde plak jual acuan bunga dahlia. Awalnya Ati guna acuan icing, malangnya patah ditengah jalan akibat muncungnya terlalu kecik, dah memang acuan icing yang lembut tu bukannya untuk doh biskut kann, ape lagi, patah lah ia huu.. 

Takpe, nasib baik ada acuan kuih tart, maka ditransformkan menjadi biskut semperit hehe.. Mujur menjadik, kata hubby: rapuh ditangan cair dimulut gitu hehe... Terima kasih lah kepada my beloved mum bagi resepi biskut ni, banyak lagi Ma Ati bagi resepi biskut, 'on the way' tengah buat. Tart nenas dan almond london belum buat lagi. Insyaallah by hari raya nanti siap lah :)


Tengah mengisi balang

Akhirnya siap satu balang besar biskut semperit.. Alhamdulillah..

Daging masak blackpaper & sayur campur

Daging blackpaper ni kegemaran Ati dan hubby. Kami suka rasanya yang pedas dan sedikit manis. Ayat power hubby: 'ni la daging masak blackpaper yang paling best hubby pernah rasa'.. Hahaa memang power punya ayat, kembang kempis lobang hidungku hahaa ;P

Daging blackpaper

Sayur campur

Monday, August 13, 2012

Nasi tomato ayam masak merah

Iftar hari ini Ati masakkan nasi tomato dan ayam masak merah request dari hubby. Alhamdulillah hubby puji sedap sampai bertambah nasi dalam pinggan. .hehe.. Siap minta nak bawa bekal ke office sahur esok. :)

Ayam masak merah

Nasi tomato yang berasap-asap..masih panazz lagi hee

Tuesday, August 7, 2012

Maruku

Akibat teringin sangat nak makan maruku, Ati cuba buat maruku sendiri. alhamdulillah akhirnya dapatlah makan homemade maruku. Ati dapat hasilkan 3 balang. 1 lagi tak sempat posing, tak sedar habis makan lepas berbuka puasa hehee

Pulut pagi

Request daripada kakyong, kata nak makan pulut warna coklat. Ati pun kukuslah pulut pagi khas untuk kakyong. Sebenarnya rumah Ati takde pun pengukus, kebetulan rice cooker rumah Ati rosak, kemudian hubby beli yang baru yang dah ada percuma bekas pengukus. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Ati memang dah lama simpan hasrat nak beli pengukus tapi oleh kerana harga yang mahal, maka setiap kali pergi nak beli mesti dalam hati kata tak jadi. Mujurlah dapat bekas pengukus free ^_^ Terima kasih lah daddy.


Banana cake

Banana cake atau kek pisang ni adalah untuk iftar di Lincon. Kami dapat jemputan daripada Mimi dan Amryl yang buat majlis berbuka puasa sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Terima kasih jamuan nasi ayam hainan. Semoga keluarga Mimi dan Amryl sentiasa bahagia ^_^


Thursday, August 2, 2012

Udang masak lemak cili api

Menu Iftar hari ni udang masak lemak cili api. Ati suka juga masakan ni, rasanya lemak-lemak pedas dan wangi menyelerakan. Tapi kuahnya Ati kena asingkan dulu untuk kakyong kemudian barulah Ati tambah cili padi. Kalau tak, alamatnya tak makan lah kakyong. Kakyong sangat suka masakan udang kuning ni, kakyong panggil udang kuah kuning. Siap bagitahu kat mummy, 'kakyong suka makan udang kuah kuning ni, nanti mummy matak lagi ye ye'..heheeh hubby Ati pun suka makan dengan telur goreng dadar.

Wednesday, August 1, 2012

Almond choc chip cookies

Hari ni projek buat biskut famous amos plak, pun untuk raya tapi tak tahu bertahan ke tak sampai raya haha sebab hubby dan Ati penggemar biskut cip coklat almond ni. Baunya ya Allah, seluruh rumah harum bau biskut ni bila hampir masak. Alhamdulillah dapat siapkan 1 balang lebih. Tak sabar nak rasa hehee ;)

Biskut dahlia susu

Semalam Ati dengan kerjasama kakyong hee kami buat biskut dahlia susu. Ati sediakan adunan dan terap, kakyong tolong bubuh cip coklat kat tengah bunga. Oleh kerana Ati takde acuan biskut dahlia, Ati guna acuan bunga icing. Tu yang nampak comel sikit tu heheh.. Susah tau guna acuan icing tu sebabnya acuan icing tu kan bunga kecil-kecil je. Sakit tangan den heehe Takpelah, janji siap. Kakyong bukan main suka sangat makan sampai Ati tak bagi makan dah. Ati dapat buat satu balang tapi hari ni dah tinggal tak sampai separuh. Nampaknya kena buat lagi untuk hari raya nanti :)

Biskut penuh satu balang lepas bakar.

Biskut dah tinggal sikit dah huu kakyong..kakyong...