Friday, January 9, 2015

Januari 2015 ~ Tahun baru


Alhamdulillah tahun 2015 Ati telah kembali bekerja sebagai guru. Bersyukur dan sangat berterima kasih kepada mereka yang terlibat membantu Ati di sepanjang perjalanan Ati memohon untuk bekerja semula. Mohon beribu kemaafan atas segala kesulitan yang telah kalian hadapi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kalian sebagaimana kalian menolong mempermudahkan urusan Ati. Terima kasih! 

Januari 2015 bermula tugas baru sebagai guru di SKB, sekolah yang sungguh hebat, guru-guru dan murid murid yang mengkagumkan. Didoakan Ati menjadi guru yang bagus di sekolah yang bagus itu.

Kakyong anak sulung Ati telah menjejakkan kaki ke tahun 1, dah besar dah anakku. Semakin bertambah tanggungjawab sebagai ibu dan pendidik. Ati berazam turut mendidik kakyong menjadi murid cemerlang dunia dan akhirat. Turut sama mendidik kakyong menjadi insan rabbani. Sesungguhnya dan sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa turut serta memastikan anak-anak dididik menjadi seperti yang diharapkan dan yang didambarkan ibu bapa. Insyaallah.. tahun 2015 tahun cemerlang buat Ati sekeluarga..

Friday, July 4, 2014

We are in Malaysia!

Assalamua'laikum... Lamanya Ati tak update blog ini, sejak kami telah pulang ke Malaysia bulan Julai 2013... Ya, setahun telah  berlalu.. Ati baru sahaja melahirkan bayi comel bernama Rizqan Hasana pada Mac 2014 yang lepas.. Banyak perkara yang tidak sempat Ati kemaskini di sini. 

Untuk perkembangan terbaru, Ati telah mohon cuti tanpa gaji menjaga anak selama 2 tahun bermula Jun 2014 sehingga Jun 2016 dan cuti itu telah pun diluluskan. Syukur Alhamdulillah terima kasih ya Allah.. Terima kasih KPM, terima kasih JPA, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mewujudkan cuti tanpa gaji menjaga anak dan mereka yang terlibat memberi kelulusan cuti kepada Ati..Terima kasih! Semoga kalian mendapat Rahmat dari Allah swt atas budi baik kalian sesama makhluk..

Ramadhan tahun ini kami agak sibuk menyelesaikan urusan perpindahan ke rumah baru kami. Banyak perkara yang harus disiapkan sebelum melangkah masuk seperti pemasangan kabinet dapur, grill rumah dan sedikit perabot. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama.

Ok sampai disini sahaja entry untuk kali ini. Selamat malam. Wassalam.

Tuesday, February 26, 2013

red velvet cake tempahan ke 11

Ati dapat panggilan daripada a.lan kak salwa ingin tempah kek red velvet untuk surprise birthday isteri tersayang iaitu kak salwa.. oohh sungguh romantik a.lan siap buat kejutan dan percutian untuk isteri tercintanya..heheh.. Didoakan kalian berdua sentiasa bahagia bercinta hingga syurga! pasangan yang sungguh cute!
ok ni rupa keknya.. thousands roses untuk kak salwa dari a.lan.. harap kak salwa suka.. a.lan request kata2 kat kek tu :D HAPPY BIRTHDAY SAYANG!