Tahun ni surprise kan hubby Ati dengan Birthday party family. Ati siapkan sebiji kek coklat, makaroni goreng, lamb chop dan potongan buah buahan. Lamb chop ni hidangan favourite hubby. Ati beli juga hiasan dinding dan alas meja. Siap tiup 10 biji belon lagi. Lama juga nak siapkan semua. Bangun kul 3 pagi, hidangan siap semua boleh makan kul 10 pagi. Banyak tergendala, biasala kan ada baby nak minum susu, nak siapkan kakyong dan adik, kemas dapur, hias kek..hehee apa2 pun puas hati Ati dapat buat birthday party untuk daddy, suka betul kakyong time daddy tiup lilin :) Alhamdulillah berjya siapkan untuk hubby tercinta.. Happy birthday hubby... Love u sooo mmmuuchhh mmmmmuuaaaahhh :*
Monday, December 31, 2012
Friday, December 21, 2012
Sunday, December 16, 2012
Sira labu
Breakfast pagi ini nasi gulai ikan dan sira labu. Sira labu kali ni Ati rendam labunya dengan kapur sireh yang ma Ati pos dari Kelantan. Strukturnya lebih cantik dan enak dari sira labu yang Ati pernah buat sebelum ni. Kat sini mana ada jual kapur sireh. Ok layan pict Ati snap :)
Saturday, December 8, 2012
Nasi arab chicken kabsah & air asam
Ok sempena berita baik hubby, Ati buat nasi arab chicken kabsah hari ni bersama air asam :) ermm semua hubby cakap best kecuali ayam tawor sikit hehe.. So markahnya 8/10 kih kih.. It's ok.. 1st time buat kan.. Ok next time nak buat lagi coz kakyong memang banyaaakkk makan nasi hari ni.. Kakyong bagi markah kat mummy 10/10 hehee :)
Friday, December 7, 2012
Pulut pengat pisang
Menu untuk minum petang sambut hubby balik keje kali ni Ati buatkan pulut pengat pisang. Entah kenapa minggu ini periuk pengukus asyik duk atas dapur je, maybe minggu ni minggu pulut sedunia kot hee ^_^ Alhamdulillah hubby suka.. Feberet hubby ni pulut pengat pisang ;)
Wednesday, December 5, 2012
Pulut dakap
Petang semalam Ati buatkan pulut dakap untuk minum petang. Mujur sungguh ada pengukus kak wan razazilla bagi ni, banyak jasa hee.. Kami sekeluarga peminat pulut, so asik kukus pulut je Ati hee.. Pulut dakap salah satu variety masakan berasaskan pulut. Letak pisang kat dalam dan dibungkus dengan daun pisang, diikat satu sama lain. Leceh juga nak buatnya hee apa-apa pun sedap kuih ni dan menjadi favourite kami!
Nasi berlauk kelate ( ike kembung giant)
Kami breakfast nasi belauk hari ni. Rindu sangat kat nasi belauk kat kampung, Ati cari ikan kat pak n save, nasib jumpa mackerel ni. Punya la besar ikan mackerel ni macam ikan tongkol. Alhamdulillah hubby dan kakyong suka :)
Subscribe to:
Posts (Atom)