Sunday, July 29, 2012
Agar-agar susu strawberry
Hari ni kami berbuka puasa di sekolah kakyong. Ati buatkan agar-agar susu strawberry untuk iftar di sana. Katanya menu utama ialah nasi arab. Bestnya, teringat plak kat nasi arab restoren Saba' Cyberjaya.
Kuih Akok dan kuih bom
Minggu ni giliran rumah Ati adakan tadarus Quran. Jadi, semua ahli kumpulan Ati datang rumah untuk bacaan Al Quran. Ati buatkan kuih akok dan kuih bom untuk ahli tadarus bawa pulang berbuka puasa. Bulan Ramadhan pertama kami di bumi Christchurch :) Alhamdulillah..
Kek red velvet untuk kakyong
Minggu lepas Ati buatkan kek red velvet untuk kakyong. Kakyong asyik minta je nak makan kek cantik warna white katanya. Ati buat kek ni pun bersama kakyong. Suka dia tolong Ati bubuh telur dalam adunan.
Kek ni patut panggil kek velvet je kot sebabnya Ati tak bubuh pun pewarna merah, jadi tak merah sangat lah warnanya. Takut nak bubuh pewarna, budak kecik yang nak makan. Kat tengah kek pun Ati tak belah sapu krim. Bulan puasa ni tak larat lah hehee buat ringkas je :)
Saturday, July 21, 2012
Thursday, July 19, 2012
kuih bom ( kuih lengo/ bijan)
kuih bom juga dikenali sebagai kuih lengo di negeri kelantan amatlah sedap dimakan walaupun dah sejuk. Ati teringin sangat nak makan kuih ni. Ati buat dulu inti kacangnya. Lama juga nak siapkan inti ni.
Kemudian, barulah Ati mula membuat kuihnya. Sedap sangat rasa kuih lengo ni, rangup kat luar tapi lembut kat dalam dan intinya kacang merah manis sedikit.
Banyak juga adunan yang Ati buat ni dapat hasilkan 40 biji kuih bom.
Saturday, July 14, 2012
Donut gebulicious
Jumaat hubby dan keluarga menerima jemputan makan di rumah Kak Manja dan Abang Dino. Kakyong minta nak makan donut, jadi Ati buat donut untuk kakyong dan bawa juga ke rumah Kak Manja.
Memang sedap makan donut hasil buatan sendiri. Tambahan pula kalau anak dan suami suka. Ati namakan donut ni gebulicious gabungan 'gebu' dan 'delicious' hehee
Wednesday, July 11, 2012
Moist Chocolate Cupcakes
Kakyong anak Ati yang sulung ni suka sangat kek cawan coklat. Kakyong suka bawa kek cawan ke sekolah. Sekejap je dah habis kek cawan coklat moist ni. Adunan yang Ati buat boleh hasilkan 36 biji kek cawan. Banyak kan?? Tapi bayangkan 2 hari je habiss!!
Red velvet cake (tempahan 2)
Ok cerita mengenai kek red velvet iaitu kek kegemaran Ati ni, Ati menerima tempahan daripada Kak Martini untuk 'surprise'kan cik Abe nya sempena birthday suami beliau. Alhamdulillah selepas makan kek red velvet ni, Kak Martini call cakap sedap kek yang Ati buat. Gembiranya, berbunga-bunga dalam hati Ati (^_^) Terima kasih Kak Martini. Lain kali order lah lagi ye hehee
Roti jala kari ayam lagi
Ati buat roti jala dan kari ayam lagi 3 hari lepas. Kali ni hubby makan banyak, hubby kata sedap :) Ati bagi pada Kak Nora juga sebab rumah Kak Nora dekat sangat dengan rumah kami.
Lambchop
Salam pembuka bicara.. Hee dah lama Ati tak update blog Ati ni. Bukan apa, agak sibuk semenjak dua menjak ni. Minggu lepas hubby Ati teringin sangat nak makan lambchop, Ati suka :) suka masak yang hubby teringin nak makan hehee
terliur plak tengok gambar sendiri hehee nanti minggu depan nak buat lagi lah untuk hubby tercinta (^^,)
terliur plak tengok gambar sendiri hehee nanti minggu depan nak buat lagi lah untuk hubby tercinta (^^,)
Tuesday, July 3, 2012
Telur masak sambal
Memandangkan ada baki ayam goreng semalam, hari ni Ati masak telur sambal. Nasi panas-panas makan bersama telur sambal dan ayam goreng memang best sangat. Telur tu goreng separuh masak macam telur mata. Kakyong pun suka.
Telur masak sambal dalam kuali.
Telur masak sambal bersama nasi putih memang menyelerakan walaupun simple :)
Telur masak sambal dalam kuali.
Telur masak sambal bersama nasi putih memang menyelerakan walaupun simple :)
Subscribe to:
Posts (Atom)