Monday, December 31, 2012

Birthday party untuk hubby

Tahun ni surprise kan hubby Ati dengan Birthday party family. Ati siapkan sebiji kek coklat, makaroni goreng, lamb chop dan potongan buah buahan. Lamb chop ni hidangan favourite hubby. Ati beli juga hiasan dinding dan alas meja. Siap tiup 10 biji belon lagi. Lama juga nak siapkan semua. Bangun kul 3 pagi, hidangan siap semua boleh makan kul 10 pagi. Banyak tergendala, biasala kan ada baby nak minum susu, nak siapkan kakyong dan adik, kemas dapur, hias kek..hehee apa2 pun puas hati Ati dapat buat birthday party untuk daddy, suka betul kakyong time daddy tiup lilin :) Alhamdulillah berjya siapkan untuk hubby tercinta.. Happy birthday hubby... Love u sooo mmmuuchhh mmmmmuuaaaahhh :*





Sunday, December 16, 2012

Sira labu

Breakfast pagi ini nasi gulai ikan dan sira labu. Sira labu kali ni Ati rendam labunya dengan kapur sireh yang ma Ati pos dari Kelantan. Strukturnya lebih cantik dan enak dari sira labu yang Ati pernah buat sebelum ni. Kat sini mana ada jual kapur sireh. Ok layan pict Ati snap :)

Saturday, December 8, 2012

Nasi arab chicken kabsah & air asam

Ok sempena berita baik hubby, Ati buat nasi arab chicken kabsah hari ni bersama air asam :) ermm semua hubby cakap best kecuali ayam tawor sikit hehe.. So markahnya 8/10 kih kih.. It's ok.. 1st time buat kan.. Ok next time nak buat lagi coz kakyong memang banyaaakkk makan nasi hari ni.. Kakyong bagi markah kat mummy 10/10 hehee :)





Friday, December 7, 2012

Pulut pengat pisang

Menu untuk minum petang sambut hubby balik keje kali ni Ati buatkan pulut pengat pisang. Entah kenapa minggu ini periuk pengukus asyik duk atas dapur je, maybe minggu ni minggu pulut sedunia kot hee ^_^ Alhamdulillah hubby suka.. Feberet hubby ni pulut pengat pisang ;)

Wednesday, December 5, 2012

Pulut dakap

Petang semalam Ati buatkan pulut dakap untuk minum petang. Mujur sungguh ada pengukus kak wan razazilla bagi ni, banyak jasa hee.. Kami sekeluarga peminat pulut, so asik kukus pulut je Ati hee.. Pulut dakap salah satu variety masakan berasaskan pulut. Letak pisang kat dalam dan dibungkus dengan daun pisang, diikat satu sama lain. Leceh juga nak buatnya hee apa-apa pun sedap kuih ni dan menjadi favourite kami!





Nasi berlauk kelate ( ike kembung giant)

Kami breakfast nasi belauk hari ni. Rindu sangat kat nasi belauk kat kampung, Ati cari ikan kat pak n save, nasib jumpa mackerel ni. Punya la besar ikan mackerel ni macam ikan tongkol. Alhamdulillah hubby dan kakyong suka :)



Wednesday, November 28, 2012

Pulut berinti

Hari ni breakfast dengan pulut berinti Ati buat untuk hubby. Favorite hubby ni. Habis 3 bungkus sekali makan hee alhamdulillah.. Pulut ni cepat kenyang, nasib baik jumpa daun pisang frozen, kelapa parut pun yang frozen. 'Nisse' aka gula melaka plak my mum pos dari kelate. Ok, jom layan picture Ati snap ;)





Friday, November 23, 2012

Princess cake & red velvet cake ( tempahan)

Alhamdulillah hari ni Ati telah siapkan tempahan pertama untuk kek princess ditambah dengan kek red velvet. Tempahan ini tempahan kedua daripada Kak manja untuk anak bongsu kesayangan Imtinan Raihana 3 tahun sambut birthday hari ni. Semoga imtinan gembira :) terima kasih kak manja.


Friday, November 2, 2012

Red velvet cake ( tempahan ke 7)

Hari ini alhamdulillah Ati berjaya siapkan kek red velvet tempahan daripada kak chu'an sempena birthday suami dan anak lelaki tersayang. Katanya suami minat bola anak plak minat rugby. Tu yang Ati letak 2 biji bola tu hehe.. Gembira kak Chu'an tengok kek tadi, Ati pun gembira jugak lah hee :) terima kasih kak Chu'an ya

Thursday, October 4, 2012

Nasi kerabu

Pagi ni kami breakfast dengan nasi kerabu homemade hee senang je rupanya buat nasi kerabu ni.. ^_^

Friday, September 28, 2012

Red velvet cake tempahan ke 6

Tempahan kali kedua daripada keluarga Ainna Odie, kali ni untuk birthday anak perempuan Ainna, Aisy namanya. Kek ni di bawa ke Akaroa semasa lawatan yang lepas. Kali ni Ati deco ala-ala 'thousand white roses' gitu..hehe ntah jadik mende.. Nampak macam bunga ros takk?? Hehe

Tuesday, September 25, 2012

Sambutan Birthday kakyong

23hb hari Sabtu lepas diadakan sambutan Birthday kakyong yang dihadiri 6 keluarga termasuk jiran dan family kawan kakyong.

Friday, September 14, 2012

Kek red velvet (tempahan ke-5)

Sempena open house kak salwa hari ni hari Sabtu, kek red velvet yang ditempah oleh kak salwa telah pun Ati siapkan pagi tadi.

Tuesday, September 11, 2012

Kuih sekaya kelate

Jamuan open house raya 2012








Jamuan untuk kawan kakyong

Menu kampung

Laksa johor

Gelembung buaya

Baked macaroni and cheese

Pineaple upside down cake

Juadah pagi raya

Chocolate Moist cake

Kek red velvet (Tempahan ke-4)

Tart nenas